Tuesday 7 June 2011

Ada apa dengan Pemuda...???Revolusi Generasi Muda

Assalamualaikum...Hmm...Ada apa dengan Pemuda..??Ada apa dengan Belia...???Siapakah Pemuda...??Siapakah Belia...???Pepatah Arab ada mengatakan "Pada (diri) pemuda itu adalah Penyokong dan pemberontak."Pepatah tersebut memang benar...Pepatah tersebut telah menjadi realiti...Di sebahagian negara di Timur Tengah,telah berlaku Kebangkitan Rakyat ataupun Revolusi  Generasi Muda yang mana kebanyakannya dipelopori oleh pemuda-pemuda...Pemuda yang menjadi 'Orang Penting'...Pemuda yang menjadi Penggerak...Pemuda yang menjadi Pencetus kepada Revolusi ini....Pemuda mungkin dilihat hanya mengikut telunjuk pemimpin dan pemuda juga dilihat sebagai individu yang lemah lembut tapi Allah boleh ubah persepsi dan sikap mereka mereka bila-bila masa sahaja....Mereka boleh bertukar menjadi 'ganas'...Nah..Sekarang bukti di depan mata...Buktinya di Dataran Tahrir...


   suasana di Dataran Tahrir

Satu masa dulu,pemuda Mesir menyokong Kerajaan Rejim pimpinan Hosni Mubarak....Tetapi apa yang berlaku beberapa bulan yang lepas..???Revolusi besar-besaran sehingga berjaya menggulingkan Kerajaan Rejim Hosni Mubarak..

Hosni Mubarak

Pemuda-pemuda Mesir bosan dengan pemerintahan Rejim Hosni Mubarak yang bekerjasama dengan Israel dan mengamalkan sistem pemerintahan 'Kuku Besi'...Akibatnya rakyat terkongkong dan di'control' habis-habisan oleh Kerajaan..Gerakan-gerakan Islam yang membangkang Kerajaan langsung diharamkan seperti Ikhwanul Muslimin...
Ikhwanul Muslimin


Pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap dan ada yang dibunuh....Rakyat juga marah dengan tindakan Hosni Mubarak  yang bekerjasama dengan Israel  untuk menutup pintu sempadan Rafah dan terowong bawah tanah yang menjadi laluan kepada penduduk-penduduk Palestin untuk mendapatkan keperluan harian mereka....

Pintu gerbang Sempadan Rafah

Akhirnya,,pemuda mengambil  tempat...Melancarkan Revolusi...Menjatuhkan Pemerintahan Rejim Hosni Mubarak yang zalim....ALLAHUAKBAR...!!!!!!Ramai pemuda yang mensyahidkan diri mereka demi menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak dan menegakkan agama Allah....

Salah seorang pemuda yang Syahid dalam Revolusi Mesir

Itu hanyalah salah satu episod daripada episod-episod Revolusi Generasi Muda...Banyak negara di Timur Tengah yang mengalami Revolusi ini....

Sekarang,,jom kita kembali ke tanah air kita,Malaysia...Tengok pemuda-pemuda kita..Masih lalai dengan hiburan yang melampau-lampau...Masih diperbodohkan oleh Kerajaan dengan pelbagai hiburan...Di mana pemuda-pemuda yang bakal mencetuskan Revolusi Generasi Muda di negara kita ini..???Ke mana perginya pemuda-pemuda ini...???Adakah mereka masih di sini...???

Mentor

Aneka rancangan hiburan

Akademi Fantasia

Pelbagai program disediakan untuk merosakkan pemuda-pemuda Islam di Malaysia ini...Bukan untuk membaikpulih pemikiran pemuda-pemuda Islam...Inilah yang wajib kita tentang...Inilah musuh dalam selimut...Bangunlah wahai pemuda-pemuda Islam....Bangunlah kalian daripada mimpi-mimpi duniawi...Bersiap sedialah untuk menuju jalan Allah...Ingat..!!!Kita hanya ada dua pilihan...HIDUP MULIA ATAUPUN MATI SYAHID...!!!!Tiada pilihan ketiga....Kita adalah Generasi Muda daripada Generasi Millennium...Generasi Millennium yang peduli perkembangan semasa,celik maklumat,mesra digital dan aktif di gentian cyber mampu mempercepatkan arus kebangkitan ataupun Revolusi ke seluruh penjuru negara...Ayuh,,bangkitlah wahai pemuda-pemuda...!!!!Kembalikan Kemuliaan Islam di negara kita...Gunakanlah kelebihan yang kita ada...Hanya demi Islam..!!!Bangunlah dan berjuanglah..!!!!!!

Berjuanglah dan jangan berpaling...Demi Islam tercinta..!!!!
Revolusi Generasi Muda......ALLAHUAKBAR..!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...