Friday 30 March 2012

1 April...???


Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat jugak ana kembali menulis ilmu yang dikurniakan oleh Allah untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Dalam beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan April dan semua mesti dah sedia maklum tentang 'April Fool' kan.?

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Ada satu peristiwa yang berlaku pada 1hb April. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Sunday 11 March 2012

Sahabat di sisiku

Assalamualaikum.. Lama ana tak menulis di sini.. Harap-harap semua sihat belaka... Harap semua masih kuat untuk terus berada di atas jalan-Nya.. Biasalah, manusia kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah. Tapi bila diri terasa lemah, bersegeralah mencari penguatnya.. Bila terasa gelisah, segeralah mencari penenangnya.

Bukankah Allah dah sediakan penguat dan penenang tersebut.? Cuma tinggal untuk kita cari sahaja..
Allah jadikan solat dan doa itu sebagai penguat diri apabila ditimpa masalah dan Allah jadikan zikir itu sebagai penenang hati dikala kegelisahan.. "Tidakkah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."(Ar-Ra'ad:28). Semuanya terletak pada diri kita samada menguatkan diri dan menenangkan hati dengan saranan dari Allah ataupun mengikut telunjuk hawa nafsu. Semuanya terletak kepada kita samada menjadikan iman sebagai ataupun hawa nafsu sebagai penunjuk jalan.

Kadang-kadang seorang sahabat juga menjadi sebab kekuatan diri. Jadi, pilihlah sahabat yang betul. Berkawan biarlah dengan semua jenis manusia, bersahabat biarlah dengan sebaik-baik manusia. Sahabat yang benar mampu menjadikan diri kita gagah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a :'Aku kuat(menjalankan amanah) kerana aku ada kamu,wahai sahabat'. Jadi, pilihlah sahabat yang benar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...