Sunday 11 March 2012

Sahabat di sisiku

Assalamualaikum.. Lama ana tak menulis di sini.. Harap-harap semua sihat belaka... Harap semua masih kuat untuk terus berada di atas jalan-Nya.. Biasalah, manusia kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah. Tapi bila diri terasa lemah, bersegeralah mencari penguatnya.. Bila terasa gelisah, segeralah mencari penenangnya.

Bukankah Allah dah sediakan penguat dan penenang tersebut.? Cuma tinggal untuk kita cari sahaja..
Allah jadikan solat dan doa itu sebagai penguat diri apabila ditimpa masalah dan Allah jadikan zikir itu sebagai penenang hati dikala kegelisahan.. "Tidakkah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."(Ar-Ra'ad:28). Semuanya terletak pada diri kita samada menguatkan diri dan menenangkan hati dengan saranan dari Allah ataupun mengikut telunjuk hawa nafsu. Semuanya terletak kepada kita samada menjadikan iman sebagai ataupun hawa nafsu sebagai penunjuk jalan.

Kadang-kadang seorang sahabat juga menjadi sebab kekuatan diri. Jadi, pilihlah sahabat yang betul. Berkawan biarlah dengan semua jenis manusia, bersahabat biarlah dengan sebaik-baik manusia. Sahabat yang benar mampu menjadikan diri kita gagah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a :'Aku kuat(menjalankan amanah) kerana aku ada kamu,wahai sahabat'. Jadi, pilihlah sahabat yang benar.





Kerana sahabat kita ke Syurga dan kerana sahabat juga kita ke Neraka. Bagi ana, memiliki seorang sahabat yang sejati lebih baik daripada mempunyai 100 orang kawan. Sahabat akan terus berada di sisi walaupun dalam keadaan susah, senang, suka dan duka. Tapi kawan belum tentu sanggup berada dengan kita bila berada dalam kesusahan. Melalui sahabat juga kita dapat merasai kemanisan iman. Sabda Rasulullah S.A.W: 'Tiga perkara yang barangsiapa terdapat padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi apa pun, dia mencintai seseorang (sahabatnya) kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan dirinya ke Neraka'.

Kadang-kadang kita terasa lemah dalam kerja dakwah. Sahabatlah yang memberi sokongan. Kadang-kadang kita putus asa dalam kerja dakwah. Sahabatlah yang datang memberi semangat menguatkan diri. Akhirnya, kita bersama-sama sahabat itu mengharungi jalan dakwah.Memang kerja dakwah meletihkan kerana kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tapi kerja dengan Allah. Allah akan sentiasa uji hamba-hamba-Nya yang buat kerja dakwah. Apabila diuji, sahabatlah orang pertama yang berdiri di sisi. Memimpin tangan untuk terus bersama-sama berjalan di atas 'jalan' Allah.

Terima kasih,Ya Allah.. Kau kurniakan aku sahabat yang setia di sisi.
Untukmu sahabat:

Wahai Sahabat,
Setiap permualaan punya pengakhiran.
Setiap pertemuan punya perpisahan.
Hidup juga begitu.
Setiap kehidupan punya kematian.
Dan tiada sesiapa pun yang terlepas darinya.
Tapi, ingatlah!
Matinya seorang Pejuang,
Matinya seorang Da'ie,
Matinya seorang Pemujahadah,
Amatlah tinggi nilainya di sisi Allah.
Dan tidak sesekali sama dengan matinya seorang yang jauh dari jalan ini.
Hanya yang terpilih.
Hanya yang sabar.
Hanya yang tabah.
Hanya yang cekal hatinya yang akan kekal di jalan ini biarpun nyawa menjadi galang-gantinya.
Wahai Sahabat,
Andai aku lemah, Kuatkan akau dengan taujihatmu.
Andai aku rebah, Bangunkan aku dengan janji-janji Nya.
Andai aku pergi, Allah sentiasa di sisi.
Andai aku gugur, Percayalah, Aku sentiasa bahagia di sana menanti kedatanganmu, Sahabat.
Teruskan perjuangan kerana kau punya sesuatu yang tidak dimiliki orang lain.
Kau punya Allah.
Allah sentiasa bersamamu, Sepanjang masa.
Allah membeli jiwa orang mukmin maka jualkanlah nescaya engkau kan bahagia.
Moga Allah merahmati seluruh hidupmu, Sahabatku.
Renungilah ayat ini:
"MUJAHADAH ITU PAHIT
KERANA SYURGA ITU MANIS"

Sahabat selamanya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...