Friday 23 December 2011

Hukum sambut Krismas....


 Assalamualaikum... Sihat semua ya..?? Ana harap semuanya sihat-sihat belaka.. Ok lah.. Straight to the point, ana nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua tentang menyambut perayaan orang bukan Islam... Yalah,, 2-3 hari lagi orang Kristian akan menyambut Hari Krismas.. Sekarang masih ada segelintir orang Islam yang menyambut perayaan orang kafir...Apa yang menyedihkan ,,sampaikan ada yang menawarkan rumahnya sebagai tempat untuk menyambut perayaan tersebut... Na`uzubillah min zalik...

Thursday 8 December 2011

Bertudung Labuh...

Yang tertutup itu lebih 'Mahal'


Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Tuesday 6 December 2011

Jangan bersedih jika.....

Assalamualaikum... InsyaAllah,, hari ni ana akan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian... Dalam kerja dakwah ni,, tak semudah yang kita sangka.. Banyak halangan dan rintangan yang perlu kita lalui... Betul kan sahabat-sahabat..?? Bagi yang pernah lalui semua ini,, mesti akan faham betapa perit dan susahnya jalan ini... Baiklah,, ramai Da'ie yang menyerah apabila terpaksa mengharungi rintangan dan halangan tersebut... Sudah menjadi lumrah apabila melakukan kebaikan mesti ada halangan... Jadi,, jangan bersedih,, jangan bersedih,, jangan bersedih... Jangan bersedih jika....

~ Jangan bersedih jika tidak ada seorang pun yang mahu membantu antum       
Ketika banyak orang meminta tolong,, seringkali telinga-telinga tidak mendengar,, hati membeku.. Tangan-tangan pula enggan menghulur,, mata tidak lagi ada sorot kasih dan mulutpun lebih mudah menghujah...

Dan ketika itu,, apakah kita harus menyerah..!!??   

Wednesday 30 November 2011

Sekuat-kuat tentera Allah.....


Assalamualaikum... sahabat-sahabat nak tau tentera Allah yang paling kuat ialah apa..?? Kalau nak tau,, jom baca ni...

Suatu hari,, seseorang telah bertanya kepada Sayyidina Ali Karamullahawajhah
“Sebutkan tentera Allah  manakah yang paling kuat..??”

Maka Sayyidina Ali menjawab: “Awalnya aku menyangka bahawa besi itu adalah tentera Allah yang terkuat tetapi setelah aku ketahui bahawa api dapat meleburkan besi maka api adalah tentera Allah yang terkuat...

Tetapi api itu boleh dipadam oleh air maka air adalah tentera Allah paling kuat… Namun air itu dibawa oleh awan maka aku yakin bahawa awan adalah tentera Allah yang terkuat…

Monday 28 November 2011

10 Rahsia Yahudi

Assalamualaikum... Kali ni ana bawa kepada sahabat-sahabat semua 1 artikel mengenai rahsia-rahsia Yahudi... Rahsia-rahsia Yahudi memang banyak tapi yang mampu dibawa kali ni hanya 10 perkara sahaja...
Mereka pandai untuk menyimpan rahsia tersebut dan menyembunyikannya daripada pengetahuan penduduk bumi selama berpuluh tahun lamanya... Akan tetapi Allah itu Maha Kuasa lagi Bijaksana... Dia bongkarkan rahsia-rahsia tersebut untuk tatapan umat Islam khususnya dan penduduk bumi amnya... Di bawah ni adalah rahsia-rahsia mereka...:-

Friday 4 November 2011

Coretan Hati Seorang Lelaki

Salamullahi alaikum... Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam dan kedua-duanya adalah dari sebesar-besar nikmat dan mencukupilah kedua-duanya daripada nikmat-nikmat yang lain... Alhamdulillah sahabat-sahabat,,, Allah masih beri kepada kita udara-Nya yang tidak pernah habis untuk kita bernafas... InsyaAllah,, kali ni kita akan baca satu cerita... Mungkin ada kena-mengena dengan sebahagian daripada kita... Siapa tahu..?? Apa-apa pun,, nilailah sendiri...


"Menulis cerita hatiku untuk pengajaran kepada yang lain"


Kisah ini datang dari dalam hati ana sendiri,, apa yang ana rasa dan apa yang ana alami... Ana tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah S.W.T tetapkan kepada ana dan kita semua yang beriman kepada-Nya... Kisah ini ana khabarkan agar apa yang ana lalui tidak berlalu begitu sahaja ditiup angin peredaran masa tanpa ana kongsi dan rekodkan sebagai panduan kepada diri ana dan pengajaran kepada antum semua... 

Renungan





Thursday 13 October 2011

Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin kepada Pemuda dan Pemudi....

Assalamualaikum... Ana harap sahabat-sahabat semua sihat dan sentiasa berada di bawah naungan-Nya sehingga Akhirat... InsyaAllah,, kali ni kita akan menerima pesanan ataupun amanah daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin....

"Wahai anak-anakku, telah tiba masanya kalian kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu... Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah... Sudah sampai untuk kalian menghiasi diri
 dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta menconyohi kehidupan Rasulullah S.A.W...

Thursday 22 September 2011

Syeikh Asy-Syahid Ahmad Yassin

Assalamulalaikum... Kaifa halukum..?? Ana harap sahabat-sahabat semua dalam keadaan sihat wal `afiat... Hari ni ana nak bawak antum semua untuk mengenali seorang ulama mujahid asy-syahid iaitu Syeikh Asy-Syahid Ahmad Yassin..

Senyuman seorang mujahid...



Friday 26 August 2011

Renungan Ramadhan

Assalamualaikum.... Lama tak update blog ni... Maaf ya sahabat2.. Ana sibuk sikit bulan ni... Sedar tak sedar,, pejam celik pejam celik,,, Ramadhan dah nak berangkat pergi... Dan sekarang adalah bahagian dalam fasa ke-3 Ramadhan iaitu dijauhkan daripada api neraka... Fasa pertama sudah pergi.. Fasa ke-2 pula sudah lepas... Adakah kita sudah mendapat rahmat dan maghfirah daripada Allah..??? Adakah kita yakin kita sudah terlepas daripada siksaan api neraka..?? Fikir-fikirkanlah sahabat2... Di mana kedudukan kita di dalam bulan Ramadhan ini..?? Adakah layak untuk kita masuk ke syurga melalui pintu Al-Rayyan...?? Renungkan semula..

Friday 29 July 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Assalamualaikum... Alhamdulillah,, dapat jugak ana 'update'kan blog ana ni... Maklumlah,, budak hostel... Emm... Apa tajuk kita kali ni...??? Sahabat-sahabat,, dalam 2,3 hari lagi,, kita akan dikunjungi oleh tetamu yang sangat mulia... Kemuliaannya boleh menghapuskan dosa-dosa kita... Dia akan bertandang di rumah kita selama sepurnama lamanya... Jadi,,apa persediaan kita untuk menyambutnya..??? Adakah dengan hanya ala kadar..??? Ingatlah,,dia adalah semulia-mulia tetamu... Sambutlah dia dengan sebaik-baik sambutan... Dia hanya datang setahun sekali saja... Jangan sia-siakan kedatangan dan kunjungannya... Sesungguhnya amatlah rugi bagi sesiapa yang mensia-siakan kedatangannya... Sedarlah,,Ramadhan berada di ambang kedatangannya... Jangan sia-siakan Ramadhan kali ini... Sabda Rasulullah S.A.W: "Di permulaannya Rahmat,,di pertengahannya Keampunan dan di pengakhirannya dijauhkan daripada api Neraka"... Allahuakbar... Betapa mulianya Tetamu kita ini... Datangnya membawa Rahmat.. Perginya menjauhkan kita daripada api Neraka... Sahabat-sahabat,, jadikanlah Ramadhan ini sebagai Madrasah Tarbiyyah Ruhiyyah,, Madrasah Pentarbiahan Ruhani.... Kita dan bulan Ramadhan boleh diumpamakan dengan tepung dan kilang Mee... Apabila tepung dibawa masuk ke dalam kilang,, ia akan diproses di pelbagai tahap... Dan hasilnya Mee yang sedia untuk dimasak... Memberi manfaat kepada orang lain... Jadilah seperti tepung itu... Kita dibawa masuk ke dalam Madrasah Ramadhan dan menjalani pelbagai bentuk Tarbiyah Ramadhan dan akhirnya keluar sebagai orang yang bertakwa dan memberi manfaat kepada orang lain... Inilah hasil produk Ramadhan... Jika sebelum Ramadhan seseorang itu kurang akhlaknya... Maka dalam Madrasah Ramadhan,, dia menjalani Tarbiyah Ramadhan dengan sepenuh hati dan keluarnya dia dengan akhlak yang lebih tinggi dari sebelumnya... Itulah sebenar-benar orang yang memasuki Madarsah Ramadhan dan menjalani Tarbiyah Ramadhan... Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut... Sahabat-sahabat,, Allah memuliakan bulan Ramadhan dengan membuka pintu-pintu Syurga,, menutup pintu-pintu Neraka dan merantai/mengurung Syaitan-syaitan... Jadi,, berusahalah  untuk menjalaninya dengan sebaik-baiknya.... Allahuakbar!!!!!
Marhaban Ya Ramadhan.... Kami merinduimu wahai Ramadhan... Tinggallah bersama kami... Jadilah Murabbi kami dalam menempuh Madrasah dan Tarbiyah Ramadhan... Sesungguhnya engkaulah semulia-mulia tetamu kami... Tetamu yang datangnya membawa Rahmat,, perginya menjauhkan kami daripada api Neraka... Pintu-pintu kami sentiasa terbuka untuk engkau.. Datanglah...Marhaban Ya Ramadhan... Dan bukalah pintu Syurga Ar-Rayyan untuk orang-orang yang berpuasa... Ya Allah,, sampaikanlah kami kepada Ramadhan...
MARHABAN YA RAMADHAN KARIM.....
Hayati video ni.... Hayati maksud di sebalik liriknya....InsyaAllah...Wallahua'lam.....

 

Friday 8 July 2011

Biarkan cintamu Berkata tidak

Assalamualaikum...Allahuakbar...Dah lama ana tak update blog ni...sibuk sikit...Rindu kat sahabat-sahabat semua....Semoga hari-hari sahabat semua dirahmati Allah..Sedar tak sedar,hita dah masuk bulan Sya'ban...Tak sampai sebulan,Ramadhan pulak yang datang bertandang..Dalam bulan Sya'ban,Nabi Muhammad ada mengajarkan kepada kita satu doa..Allahumma bariklana fi Rajabi wa Sya'ban,wa ballighna Ramadhan..Maksudnya,'Ya Allah,Kau berkatilah kami dala, bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan...

Hari ni ana nak bawak satu cerita..Haa...Cerita nya pasal Cinta...Haisyy...Tak Habis-habis pasal cinta...Ya..Ia takkan habis...Ana tak bermaksud untuk membuat sapa-sapa terasa...Tapi kalau terasa,tepuk dada,tanya Iman...

Tuesday 7 June 2011

Ada apa dengan Pemuda...???Revolusi Generasi Muda

Assalamualaikum...Hmm...Ada apa dengan Pemuda..??Ada apa dengan Belia...???Siapakah Pemuda...??Siapakah Belia...???Pepatah Arab ada mengatakan "Pada (diri) pemuda itu adalah Penyokong dan pemberontak."Pepatah tersebut memang benar...Pepatah tersebut telah menjadi realiti...Di sebahagian negara di Timur Tengah,telah berlaku Kebangkitan Rakyat ataupun Revolusi  Generasi Muda yang mana kebanyakannya dipelopori oleh pemuda-pemuda...Pemuda yang menjadi 'Orang Penting'...Pemuda yang menjadi Penggerak...Pemuda yang menjadi Pencetus kepada Revolusi ini....Pemuda mungkin dilihat hanya mengikut telunjuk pemimpin dan pemuda juga dilihat sebagai individu yang lemah lembut tapi Allah boleh ubah persepsi dan sikap mereka mereka bila-bila masa sahaja....Mereka boleh bertukar menjadi 'ganas'...Nah..Sekarang bukti di depan mata...Buktinya di Dataran Tahrir...

Sunday 5 June 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedari..????


Assalamualaikum...Hmm...Pelik tajuk kat atas tu....Jadi tunang orang tapi xtak sedar...Ish3...Pelik2...Apa kata kita baca dulu..Jom...

Saturday 21 May 2011

Islam PENGGANAS..?????

'Mereka' kata Islam Pengganas....'Mereka' kata Islam itu "Terrorist"...Benarkah...???Kalau benar,,apa buktinya..??'Mereka' kata buktinya Osama Bin Laden,,Syeikh Ahmad Yassin serta pejuang-pejuang Islam yang menganggotai pelbagai pergerakan-pergerakan Islam....

Friday 20 May 2011

Ar-ruhul Jadid


Assalamualaikum....Satu fenomena yang sukar untuk dicari dan dilihat di Malaysia....Pemuda-pemuda Islam yang mencintakan agamanya...Pemuda-pemuda Islam yang bersatu hati demi agamanya....Tapi pemuda-pemuda kita..???Astaghfirullah....Masih lalai dan lena dibuai mimpi duniawi....Di mana pemuda-pemuda seperti mereka ini....?????????????



Monday 2 May 2011

Pesanan ayah dan ibu



Wahai ibu,wahai ayah..
Ku lihat senyumanmu sentiasa mekar dibibir...
Tidakkah kau merasa berat akan dugaan yang menimpamu?
Sedangkan aku pun bersedih kerana keadaanmu..

Wahai anakku..
Sentiasalah berpegang teguh dengan firman Allah...
Innaallah hamasobbirin.. ( Allah bersama dengan orang yang sabar )
Kami tidak merasa berat..
Bahkan kami menganggap ia kurniaan kepada kami..

Wahai ibu,wahai ayah..
Tidakkah kalian fikir hidup kalian tidak semewah orang lain?
Sedangkan kalian juga bekerja?

Wahai anakku..
Dengarlah kami berbicara...
Bekerjalah kamu seakan kamu akan hidup seribu tahun lagi...
Dan tambahlah ibadatmu seakan-akan kamu akan mati di esok hari..
Kemewahan tidak akan menambahkan iman kita..
Kadangkala kerana ia kita terpesona keindahan dunia..
Dan terus melupakan keagungan yang Maha Esa..

Wahai ibu,wahai ayah..
Tidak berasa sakitkah kalian bila ditimpa kesakitan?
Tidak berasa sedihkah kalian bila dihina bermacam rupa?
Tidak berasa letihkah kalian siang dan malam bersujud..
Bahkan di sepertiga malam pun kalian berdua bangun bersama...
Kadangku terjaga..ku lihat kalian bersimpuh di dada sejadah..
Menangis dan berdoa..
Mengapa ibu? Mengapa ayah?

Wahai anakku..
Bila kita sakit,janganlah mengeluh..
Rasulullah pernah bersabda,"barangsiapa sakit semalam,dia sabar dan rela kepada Allah,maka bersih darpda dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya..jika engkau sakit,janganlah segera meminta sembuh..."

Wahai anakku..
Setiap cacian dan hinaan kepada kami adalah pahala buat kami..
Dan dosa bagi pelakunya..
Jangan sesekali kamu cemarkan suara dan lidahmu dengan hinaan dan umpatan..
Sungguh perit azab bagi pelakunya...

Wahai anakku..
Lima itu sudah wajib bagi kita..
Sudah mengingatkan kita tentang pengorbanan Rasulullah meminta kepada Allah agar dikurangkan dari 50 waktu ke 5 waktu atas permintaan Nabi Musa..
Pernahkah kamu terfikir anakku? Lima waktu pun masih ada yang tidak mampu..Inikan 50 waktu...

Wahai anakku..
Begitulah uniknya Islam..
Kami bangun malam bukan meletihkan..
Tetapi menenangkan..
Suami yang membangunkan isterinya pada malam hari untuk melakukan solat malam..tetapi tidak terjaga lalu direnjis air mutlak ke mukanya..pasangan itu mendapat rahmat Allah..
Begitu juga sebaliknya..

Wahai anakku..
Anak yang soleh dan solehah itulah sentiasa meringankan beban ibu ayahnya di dalam kubur..
Doa anak yang soleh dan solehah itu tidak sia-sia..
Ingatlah anakku..
Apa yang diperintahkah pada kita.. itulah yang kita wajib lakukan..
Dan apa yang dilarang pada kita..itulah yang kita jauhkan..
Ingatlah pesanan ini hingga ke akhir waktu dunia ini...

Sunday 1 May 2011

wanita dan pemuda

Bismillahhirrahmanirrahim...
Duhai wanita.. ana seru pada antunna tentang keEsaan Allah..
Ana ingin antunna kenal pada pencipta kita..
Ana ingin kita semua berada di dalam jaminannya untuk ke syurga..
Wahai wanita.. Jangan dirisau jika antunna sudah berbuat dosa yang besar sekalipun...
Berubahlah..bertaubatlah..kerana Allah Maha penerima taubat...

Thursday 28 April 2011

ASSALAMUALAIKUM SRIKANDI KESAYANGANKU…


Bertepatan dengan tajuk kita sebelum ni tentang couple....Ana ada bawak satu cerita yang mana cerita ni adalah kisah benar...Terpulanglah kepada sahabat2 semua untuk menilainya....Hanya orang yang ada akal akan mengambil pengajaran dari sesebuah kisah.....Mari kita hayati kisah ni.... 

"Sudah lama kita tidak bersua. Aku percaya engkau juga memiliki perasaan rindu yang mencengkam sepertiku. Namun aku tetap bersyukur kepada Allah yang kerana tidak menemukan kita. Ya, kalau aku menemuimu mungkin inilah peluang syaitan menyesatkanku dan membawaku jauh dari Allah. Walaupun begitu, aku tetap menyayangimu, sayang…

COUPLE..????

Aikk...couple lagi..???hari ni ana nak sentuh tentang couple.....Huh...Bab couple ni memang sensetif....Tapi kita perlu bincangkan jugak tentang hal ni.....Tadi ana pi Alor Star sbb nak pi tempah sweater...Masa nak pi ke kedai tu,,ya Allah,,,macam2 yang ana nampak...Yang pakai tudung,,yang x pakai tudung,,semua sama ja...sentuh sana,,sentuh sini...Huh..pelik2...Kata tutup aurat tapi....Bersentuhan lelaki perempuan...Ish3....Couple ni sebenarnya boleh...Tapi sabarlah sat...X kan lari gunung dikejar...Ada jodoh jangan risau...Comfirm dapat...Ana pon manusia biasa yang dikurniakan pelbagai perasaan...Ana paham...Tapi ana buat keputusan untuk tunggu...Ana pon ada minat kat seseorang...Tapi ana serahkan semua tu kepada Allah dan ana berpegang kepada 1 doa..Doa Jodoh...Ana amalkan doa ni setiap kali selepas sembahyang....
a
Ana percaya Allah akan maqbulkan doa hamba2-Nya yang taat pada-Nya....Lepaskanlah sekejap...Buat apa bercinta tapi bergelumang dengan dosa maksiat...Allah xkan sekali-kali redha dengan hubungan tu....Sia2 saja segala 'pengorbanan' yang dilakukan.....Hmm...Xguna walaupon sikit....Bertaubat lah...serahkanlah urusan tu kepada Allah...Sesungguhnya Allahlah yang menguruskan segala-galanya...Kejarlah cita2 dulu...Pastu ber'couple' secara HALAL...Paham kan..????Akan tiba masanya jugak...Sabarlah....

Saturday 23 April 2011

Apa itu ISLAM..????

Hmm...Apa tu ISLAM..???Bak kata orang Kedah,,,menatang pa ISLAM...???Sabda Rasulullah S.A.W:Terbinanya ISLAM di atas 5:Mengucap dua kalimah syahadah dan dirikan solat dan tunaikan zakat dan haji dan puasa di bulan Ramadhan...Sahabat-sahabat sekalian,,ISLAM ni ibarat rumah....First step nak bina rumah kena ada tapak...First step nak jadi Muslim kena mengucap dua kalimah syahadah...Mengucap ni macam tapak kepada sesebuah rumah...Kalau x dak tapak,,macam mana nak bina rumah..???x gitu..???Yang kedua kena ada tiang...Haa...macam tu jugak ISLAM...Kena ada tiang...Apa tiang agama..???Ya..Solat..Solat kita mestilah sempurna..Kalau solat kita x sempurna sama lah macam kita letak saja tiang tu atas tanah tanpa kita  pacakkan dalam tanah...Kalau tiang tu kita x bubuh simen elok,,,x pacak dia elok2....Senang runtuh bila ditiup angin...Yang ketiga puasa..Puasa ni macam dinding kepada rumah kita...Tapi x kan la kita nak biarkan dinding kita tu tanpa simen dan menampakkan bentuk bata-bata yang berketul-ketul....???Untuk meng'cover'kan bata-bata tu,,kita mestilah salut dinding tu dengan simen....Begitulah dengan puasa sunat kita yang akan meng'cover'kan seluruh kecatatan pada dinding-dinding kita....Yang keempat,,zakat...Zakat ni wajib x...???Ya..Ia wajib...Bina rumah kena ada bumbung x...???Mestilah kena ada bumbung....Haa...Zakat tu macam bumbunglah..Bumbung yang melindungi kita daripada hujan dan panas...Apabila kita keluarkan zakat,,Allah akan memberkati semua harta-harta kita..Allah akan melindungi kita daripada reziki yang haram...Seruju..???Yang terakhir Haji....Haa...Haji ni ibarat perabot dalam rumah kita...Selepas kita bina rumah besar-besar,,ada tiang yang kukuh,,ada dinding yang kuat dan cantik dengan warna catnya,,,ada bumbung yang jadi pelindung kita...Yang terakhir mestilah kena ada perabot..Kalau x,,sia-sia saja kita bina rumah elok-elok tapi x dak perabot...Perabot x semestinya kita beli sekaligus...Sikit-sikitlah...Macam haji,,kita x boleh tunaikann haji dengan sekaligus...Mesti kena kumpul duit dulu..Last sekali bila duit dah cukup,,barulah kita pergi tunaikan haji..Kan...????Haa...Dah cukup step-step nak bina rumah..Alhamdulillah...Tapi ingat,,Lepas kita bina rumah...Jangan kita tinggalkan macam tu saja....Lepas kita dah mengucap,,dah bersolat,,dah tunai zakat dan haji,,dah puasa...Jangan kita rasa kita dah cukup sempurna...Rumah apabila kita tinggalkan ia lama-lama,,ia akan bersawang,,mula retak,,mula jadi usang,,akhirnya runruh...Kita kena selalu berada dalam rumah kita...X guna bina rumah besar-besar tapi kita x duduk dalam rumah tu.....

Solat macam rumah..Ada tapak,ada tiang,ada bumbung
,,ada dinding,,ada perabot..




Friday 22 April 2011

'ISLAM'





I : Isyak

S : Subuh

L : Luhur(zuhur) 

A : Asar 

M : Maghrib 

Antara kita semua,cukup tak  ‘ISLAM’ ? 






Sudah tidak ingatkah kita? Rumah kata pergi.. Kubur kata mari..

Sudah bersediakah? Solat wajib kita tunaikan tetapi belum pasti Allah menerima solat kita…

Berapa banyak kebaikan yang kita perbuat melebihi kejahatan? Terkirakah? BERSEDIA LAH.. 



‘Overtime’ dengan Allah



Malam….anugerah  besar untuk orang yang sanggup bersekang mata untuk-Nya


Malam yang sunyi, waktu paling baik untuk beribadah. Suasana hening waktu itu paling sesuai untuk bermunajat dengan Allah. Sebab itulah beribadah malam menjadi pakaian Rasulullah, para sahabat dan orang-orang soleh.

Kelebihannya banyak, antaranya:

·         Jalan mendekatkan diri dengan Allah. Itulah peluang berbakti lebih masa untuk-Nya setelah siang hari berurusan sesama manusia.

·         Dimuliakan Allah. Sabda Rasulullah SAW: telah datang Jibril kepadaku seraya berkata:’ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang itu terletak pada mengerjakan ibadah qiamullail dan kehormatannya terletak kepada keengganannya meminta-minta’.

·         Dimakbulkan doa. Sabda Rasulullah: ’Sesungguhnya dari sebahagian malam itu terdapat satu saat yang mempunyai kelebihan bagi seorang muslim untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah. Allah Taala pasti akan kabulkan doanya. Demikianlah itu ada pada setiap malam’.

·         Faktor datangnya pertolongan daripada Allah. Inilah juga yang menguatkan jiwa. Oleh sebab itulah dalam sejarah  Sultan salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fateh, tentera yang beribadah malam sahaja yang  dibawa ke medan perang.

·         Menjadi pelindung di Hari Qiamat. Sabda Rasullulah: Semua manusia akan dikumpulkan di hari Qiamat di satu tempat.  Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: Di mnakah mereka yang meninggalkan tempat tidur dan menghabihkan malamnya dengan ibadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk syurga tanpa hisab.’

Hanya orang yang dipermudahkan Allah, kuat azam dan kecintaan kepada-Nya yang mampu bersekang mata untuk-Nya.


Thursday 21 April 2011

Nilai Tudung Wanita

Assalamualikum...Alhamdulillah,,kita bersua kembali...Kali ni ana nak bawak 1 cerita tentang TUDUNG MUSLIMAH....Sekarang ni macam2 trand yang boleh kita tengok...keluar Alor Star ja,,macam2 fesyen...Yang tua dengan fesyen yang tua...Yang muda dengan fesyen yang muda...Ada yang pakai tudung tapi pakai baju 'adik'..Macam nangka kena balut pulak ana tengok...Ish3...Pakaitudung tapi paki baju T-Shirt ketat...Dah la ketat,,lengan pendek pulak tu...Pelik sungguh ana tengok...AURAT...AURAT...AURAT......ALAHAI AURAT....
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Tutuplah auratmu dengan sebenar-benarnya.......

huhuhu.....

Assalamualaikum....haa...dah dkat sblan ana x bkak blog ni...rindu plak rasanya....minggu lpas ana ada kem kepimpinan kat skolah anjuran Maktab Mahmud Alor Star....Best kem tu...byk ilmu baru yang ana dapat....memang terrrrrrbaik lah....hahaha....blog ni ana kongsi dgn sahabat seperjuangan ana....pasai make up dlm blog ni....dia punya kerja la...kreatifkan.???syukran...(^_^)...setakat ni dulu la utk hari ni...ada masa kita jumpa lagi....ilalliqa'....assalamualaikum....

Saturday 2 April 2011

Ber'couple' cara islam

Assalamualaikum...haa...hari ni ana bawak satu cerita yang sudah menjadi kebiasaan remaja2 di negara kita ini...Ana harap info2 yang ada dlm ni dimanfaatkan oleh sahabat2 sekalian....Topik hari ni ialah...BERCOUPLE...Huuu.....Boleh dikatakan majoriti remaja2 di malaysia ini bercouple...setuju dengan pandangan ana..???Setuju x setuju,,belakang punya cerita laa...huhuhu...sekarang,,jom kita baca....(0_0)

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...