Tuesday 6 December 2011

Jangan bersedih jika.....

Assalamualaikum... InsyaAllah,, hari ni ana akan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian... Dalam kerja dakwah ni,, tak semudah yang kita sangka.. Banyak halangan dan rintangan yang perlu kita lalui... Betul kan sahabat-sahabat..?? Bagi yang pernah lalui semua ini,, mesti akan faham betapa perit dan susahnya jalan ini... Baiklah,, ramai Da'ie yang menyerah apabila terpaksa mengharungi rintangan dan halangan tersebut... Sudah menjadi lumrah apabila melakukan kebaikan mesti ada halangan... Jadi,, jangan bersedih,, jangan bersedih,, jangan bersedih... Jangan bersedih jika....

~ Jangan bersedih jika tidak ada seorang pun yang mahu membantu antum       
Ketika banyak orang meminta tolong,, seringkali telinga-telinga tidak mendengar,, hati membeku.. Tangan-tangan pula enggan menghulur,, mata tidak lagi ada sorot kasih dan mulutpun lebih mudah menghujah...

Dan ketika itu,, apakah kita harus menyerah..!!??   



Mungkin... Mungkin memang ini adalah jalan-Nya... Jalan-Nya untuk mengajar kita supaya menahan diri daripada mengemis dan mencegah daripada adanya pandangan hina terusap di wajah... Lalu,, apakah kita harus bersedih..?? Allah berniat mengasihi kita,, dengan cara-Nya... Dia mengajarkan agar kita hanya bergantung pada-Nya,, mengajarkan kesabaran yang panjang atas pengharapan dalam sebuah perjalanan dan memerintahkan kita untuk terus berdoa tanpa henti demi meningkatkan iman kita... Sesungguhnya Allah itu Maha Pengkabul doa... Firman-Nya yang bermaksud:"Berdoalah kepada-Ku,, nescaya akan-Ku kabulkan"

 Berdoalah pada-Nya.....


  ~ Jangan bersedih jika dizalimi,, dilecehkan atau dihina orang lain 
 Islam mengajar kita untuk tidak berdendam dan membalas perlakuan yang tidak kena pada tempatnya,, persoalannya kenapa..?? Kerana hal yang demikian akan merendahkan dan meletakkan kita setaraf dengan si pelaku itu... Lalu,, apakah kita harus diam dan membiarkan sahaja perkara itu..?? Tidak..!! Bahkan ada banyak cara untuk menyalurkan kemarahan itu... Dari membalas ia dengan kebaikan hingga melakukan marah yang ma'ruf iaitu tidak marah kepada orangnya sebaliknya marah pada perbuatannya sehingga orang tersebut dapat sedar daripada kesalahannya... Bergantung kepada cara yang kita pilih... Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:"Jangan marah!!"
 ~ Jangan bersedih jika berhadapan dengan masalah
 Kerana masalah menjadikan kita kuat... Masalah menjadikan kita dewasa dan matang dalam berfikir... Masalah juga menjadikan kita orang yang beriman... Malah masalah juga menjadi sumber pahala kepada kita,, jika kita mampu mendampingi orang yang ditimpa masalah... Dan jika kita hanya menyibukkan diri pada satu masalah sahaja,, kita tidak akan pernah mampu untuk keluar dari masalah itu bahkan kita akan makin terpuruk dan terkurung apalagi untuk menyelesaikan masalah tersebut... Walauapa pun yang terjadi,, jangan berputus asa...Firman Allah yang bermaksud:" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah,, melainkan kaum yang kafir." QS Yusuf 12 : 87
Akhir sekali, jangan bersedih jika kita merasakan seoalah-olah hanya kita seorang sahaja yang melakukan kerja dakwah ini... Mungkin ini adalah cara Allah nak beri peluang kepada kita untuk buat banyak pahala...=)... Jadi bermujahadahlah...

Sedikit taujihat untuk diri ana dan sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah sekalian....

 "Dalam jalan dakwah,, kita tidak dihampar dengan permaidani merah,, tidak dilayan seperti Raja-raja,, tidak disediakan Istana tempat istirehat... Tetapi kita dihampar dengan duri yang menikam kaki,, cercaan yang menhiris hati,, ugutan yang melemahkan diri... Kerana di hujung jalan itu Allah telah sediakan kepada kita nikmat yang tidak dapat dikecapi oleh orang lain... Hanya kita,, hanya Sang Pendakwah yang bermujahadah sahaja yang layak untuk nikmat itu... Bermujahadahlah wahai Pendakwah...  
Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis..."

*Cuba hayati lagu Berjalan Tanpa Henti-Devotees(Muzik background blog ana)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...