Wednesday 30 November 2011

Sekuat-kuat tentera Allah.....


Assalamualaikum... sahabat-sahabat nak tau tentera Allah yang paling kuat ialah apa..?? Kalau nak tau,, jom baca ni...

Suatu hari,, seseorang telah bertanya kepada Sayyidina Ali Karamullahawajhah
“Sebutkan tentera Allah  manakah yang paling kuat..??”

Maka Sayyidina Ali menjawab: “Awalnya aku menyangka bahawa besi itu adalah tentera Allah yang terkuat tetapi setelah aku ketahui bahawa api dapat meleburkan besi maka api adalah tentera Allah yang terkuat...

Tetapi api itu boleh dipadam oleh air maka air adalah tentera Allah paling kuat… Namun air itu dibawa oleh awan maka aku yakin bahawa awan adalah tentera Allah yang terkuat…


Kemudian aku melihat awan ditiup oleh angin maka angina adalah tentera Allah yang terkuat… Lalu aku terlihat pula kepada gunung-ganang yang tidak berganjak ditiup angina maka gunung adalah tentera Allah yang terkuat…

Tetapi manusia mampu berdiri bahkan boleh mengukir dan membentuk gunung-ganang tersebut… Akan tetapi manusia itu kalah dengan tidur maka tidur adalah tentera Allah yang terkuat… Kemudian aku temukan kesusahan dan keresahan itu meghilangkan tidur maka kesusahan dan keresahan adalah tentera Allah terkuat…

Lalu kemudian aku mengetahui bahawasanya kesusahan dan keresahan itu terletak di hati… Kemudian aku temui hati itu tidak akan tenteram dan tenang kecuali dengan Zikrullah maka aku amat yakin sekuat-kuat tentera Allah adalah Zikrullah…”

P/S: “Tidakkah dengan mengingati Allah hati akan tenang”... Renung-renungkan sahabat-sahabat sekalian...


                              

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...