Tuesday, 16 April 2013

Berpurdah , tapi masih Tabarruj ? Kenapa ??

Assalamualaikum sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah sekalian, Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih dikurniakan ni'mat yang paling besar iaitu iman dan islam .

Sahabat-sahabat, kenapa isu purdah yang saya cuba bincangkan ? Sebenarnya , bagi saya wanita yang berpurdah ini adalah wanita yang istimewa, pada zahirnya ia tidak nampak, tapi dari sudut dalamannya MasyaAllah .. hebat peribadinya ! Saya sangat kagum bila melihat wanita-wanita yang berpurdah, kerana apa ? kerana mereka hebat istiqomah dalam mentarbiah diri mereka supaya menjadi Mara'tussolehah.
Saya sendiri masih tidak mampu hingga ketahap itu. Tapi saya akan cuba mencapai tahap itu suatu hari nanti, InsyaAllah :) Tapi saya sedikit terkilan kerana akhir-akhir ini, saya melihat ramai wanita-wanita yang berpurdah tetapi masih tidak menepati syariat islam.Kenapa ?Humm jadi inilah sebab kenapa saya ingin sekali membincangkan tajuk ini dengan sahabat-sahabat sekalian, jom tahu kenapa saya katakan "berpudah tapi masih tabarruj"


Sahabat-sahabiah yang dikasihi sekalian, sahabat-sahabat tertanya-tanya kenapa tajuk yang saya ingin ulaskan ini berkenaan dengan orang yang berpurdah khususnya wanita , dan kenapa pula tabarruj sedangkan sudah berpudah dan berpakaian lengkap sebagai seorang muslimah ? Sebelum tu ingin sekali saya  mendefinisikan apa itu Tabarruj.

Di dalam kitab Zaad al-masiir menyatakan:
"Tabarruj,
menurut Abu U'baidah adalah seorang wanita yang menampakkan kecantikannya. Sedangkan menurut Az-zujaj tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan semua hal yang boleh merangsang syahwat lelaki."

Sahabat-sahabat jelas dengan definisi yang saya berikan ? Ya , sepertimana yang disebutkan tabarruj bermaksud seorang wanita yang menampakkan kecantikan atau perhiasan di tubuhnya dan semua hal yang boleh merangsangkan syahwat lelaki, itulah yang dikatakan Tabarruj!

Baiklah, berbalik pada perbincangan kita tadi, disini terdapat beberapa sebab yang saya mengatakan bahawa yang berpurdah itu masih tabarruj, antaranya ialah :

Pertama: mata . Sungguhpun saudari telah memakai purdah tetapi saya tetap mengatakan saudari tabarruj , tahu kenapa ? Saudariku.. kamu ingin menutup kecantikan paras rupamu tapi mengapa kamu masih berhias mata sehingga berlebih-lebihan ? kamu katakan celak itu sunnah , tapi adakah kamu mendengar bahawa sunnah nabi memakai celak secara berlebih-lebihan hingga terserlah kecantikan matamu ? kepada siapa kamu berhias?

Sabda Nabi SAW:
"Seseorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya"[HR.Imam Ahmad,Abu Daud dan al-Nasaaiy]

Kedua: wangian . Tidak salah untuk memakai minyak wangi untuk menghilangkan bau badan , tapi perlukan ia digunakan secara berlebihan ? Saudariku .. sesungguhnya wangian itu akan menghampiri kamu kepada zina. Dengarlah wahai saudariku , janganlah kamu menghampiri zina kerana zina itu adalah dosa yang paling besar. Kenapa saya katakan ia menghampiri zina ? cuba saudari tanyakan pada orang diluar sana khususnya kaum adam, adakah mereka sukakan wangian atau sampah yang busuk? pasti mereka juga akan memilih wangian.Wangian juga merupakan satu tarikan yang kuat. Jadi, berjaga-jagalah wahai saudariku.

Sabda Rasulullah saw :
"Sesiapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti ia telah berzina[HR. Imam An-Nasaaiy]

Ketiga: Pakaian . Apa guna kamu berpurdah , tapi pakaian kamu masih menjolok mata ? Apa yang saya maksudkan dengan menjolok mata adalah pilihan warna baju saudari. Warna-warna yang menjolok mata adalah warna-warna yang terang seperti merah . Nabi sangat melarang perempuan memakai pakaian yang berwarna merah kerana ianya warna yang menarik perhatian dan merangsang syahwat lelaki.

Keempat: Lenggokkan tubuh badan. Yang saya maksudkan lenggokkan tubuh badan adalah ketika mana saudari berjalan. Wanita perlu berjaga-jaga soal lenggok badan ketika berjalan , kerana lelaki boleh tertarik dengan seseorang wanita hanya kerana lenggok tubuh badannya yang penuh gaya dan genit ketika berjalan dan nabi sangat melarang perbuatan itu .

Apa yang dimaksudkan dengan mutabarrijat didalam surah An-Nuur ayat 60, imam ibnu Al-a'rabiy menyatakan:
"Termasuk tabarruj, seseorang wanita yang mengenakan pakaian yang nipis dan menampakkan warna kulitnya. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah saw yang terdapat dalam hadith sahih
"Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian nipis merangsang dan berlenggak-lenggok. Mereka tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan mencim baunya."
[HR.Imam Bukhari]

Wahai Maratussolehah yang ku kasihi, kenapa islam terlalu menjaga wanita ini ? jawapannya adalah kerana wanita ini mulianya melebihi segalanya, Allah mengagkat darjat wanita dengan sangat tinggi . Buktinya ?
Sedarilah wahai para serikandi islam, dirimu telah dibela Nabi seketikamana bermulannya islam, ingatkah kamu ketika mana dahulu , wanita diperhambakan ? Maruah wanita dipijak-pijak, wanita dijadikan sebagai bahan untuk memuaskan nafsu seketika dahulu, tapi apabila datangnya Nabi dengan membawa islam , wanita dibela dengan sesunggunya ! Martabat wanita diangkat , tiada lagi yang diperhambakan , maruah wanita terpelihara dan wanita tidak lagi dijadikan bahan untuk memuaskan nafsu. Tidak cukupkah itu wahai saudari-saudariku ? Tidak cukupkah pembelaan Nabi terhadap kita ? Ayuh saudariku , Indahkanlah dirimu dengan iman di hati, personakanlah dirimu dengan taqwa di sanubari. Dunia ini umpama lautan perhiasan  yang indah sepesona perhiasan adalah wanita solehah yang telah terpatri jiwa ilmu dan mahabbah, kaulah sesungguhnya insan yang bernama wanita solehah. Marilah saudariku, mari kita sama-sama menjaga dan memelihara islam dengan sesungguhnya . Buktikan pada dunia hari ini bahawa tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia !
-Waallahu a'lam-

4 comments:

¤čT0RY M0RY CIK NJ said...

assalamualaikum.. sesungguhnya segala isu yang kamu kupas di atas adalah realiti para niqabis sekarang.. termasuk saya sendiri.. sedikitpun saya tak nafikan.. kebanyakan niqabis menganggap purdah/niqab itu adalah trend.. saya juga kadang-2 terlepas pandang dalam pemakaian.. alhamdulillah.. terima kasih atas isu yang boleh menyedarkan saya dan semua.. :)

Nur Shakirah said...

Marilah bersama-sama memartabatkan islam.
Islam adalah cara hidupku !

Ros Diana said...

:D

nailofar said...

Terima kasih ats perkongsian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...