Tuesday 11 June 2013

BERITA BAIK BUAT PEMINAT KOREA !

Assalamualaikum wbt ..

Hehe, dengar tajuk bukan main power je ye ... tapi betul ! sy ada bawa beberapa berita baik tentang korea . sila klik (read more) di bawah ni untuk baca selanjutnya . layan ~

Peminat-2 tegar drama korea pasti tidak pernah lupa dengan drama bersiri Jewel In The Palace yg pernah disiarkan disiaran tv malaysia beberapa tahun lalu. Cerita ini seingat sy telah disiarkan beberapa kali dan pertama kali sy menonton cerita tersebut sekitar tahun 2004. Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita istana korea bernama Janggeum yang menjadi wanita bertama yang diiktiraf sebagai Tabib(doktor) Diraja.
Sebanyak 54 episod tayanggannya, tidak ada babak yang mendedahkan tubuh (kecuali rambut dan leher bagi wanita) dan jauh sekali unsur lucah. Apa yang menariknya, di setiap sisi babak terselit pengajaran yang penuh insani dan intelek. Hal ini yg menyebabkan sy tertarik dengan 'korea' dengan lebih mendalam terutama dua istilah yang muncul baru-baru ini iaitu K-pop dan Koslems.


Gelombang K-pop

Pada awal tahun 2010 menyaksikan gelombang Korea Selatan menyerang negara-negara Asia, Eropah dan Timur Tengah melalui hiburan massa yang dikenali K-pop. Penganjuran Festival K-pop pada Disember 2011 telah berjaya mengumpulkan penyanyi K-pop dari 16 buah negara sekaligus mengukuhkan hagemoni Korea Selatan.  Selain mengetengahkan versi K-pop yang dimanipulasikan daripada muzik Barat dan Jepun, Korea Selatan sebenarnya sedang menikmati  komoditi muzik yang besar. Sejak tahun 2000, hasil jualan industri muzik Korea Selatan adalah sebanyak 300 juta USD.

gambar hiasan

John Lie menyebutkan dua penyebar utama muzik K-pop iaitu, pemain MP3 dan You Tube. Di internet misalnya, selain dapat menonton secara visual, para peminat dapat memahami bahasa korea melalui terjemahan lirik. K-pop juga dikatakan menongkah arus muzik Barat dengan misi kebebasan, keremajaan, kekeluargaan dan universal. Namun K-pop bukan sekadar hiburan. Bagi kerajaan Korea Selatan, perkataan 'K' merujuk kepada korea manakala 'POP' adalah salah satu bentuk promosi negara mereka di mata dunia. Sebagaimana mereka telah mencipta produk Samsung dan Hyundai , K-pop juga dijenamakan untuk pendapatan negara. Walaupun secara tradisinya, K-pop bertentangan dengan agama Confucian masyarakat Korea, ia seolah 'dihalalkan' atas nama mempromosikan Korea di langit Globalisasi.

 Kejutan Buat Peminat Korea !

Apa yg ingin sy kejutkan para peminat Korea adalah kehadiran koslems yang semakin bertambah hari demi hari. Apakah yg dimaksudkan dengan Koslems ? Koslems meruk kepada anak-anak hasil perkahwinan campuran Korea dan Muslim yang kini dikatakan berjumlah sekitar empat ribu orang. Islam telah bertapak di bumi Korea sejak abad ke-7 di zaman pemerintahan Dinasti Tang di China. Kedatangan Islam ke China melalui Semenajung Korea telah menghubungkan para pedagang Muslim Arab dengan rakyat tempatan. Walau bagaimanapun, perkembangannya tidak meluas seperti di Tanah Besar China.

Perkembangan islam di Korea adalah pada 1950 apabila pekerja Muslim dari Timur Tengah dan Turki mula memasuki negara ini. Namun, masjid pertama telah dibina di Seoul pada September 1970. Pasca Sukan Olimpik Seoul 1988 telah menarik ramai Muslim dari seluruh dunia hingga pada 1990, umat islam di Korea berjumlah 35 ribu orang. Kini, umat islam disana berjumlah 130 hingga 140 ribu orang dengan 45 ribu daripadanya adalah dari Korea .  Manakala masjid di Korea berjumlah 8 buah masjid utama dan 60 buah surau. Ini merupakan perkembangan yang amat luar biasa !

Pertambahan jumlah umat islam Korea menunjukkan dakwah Islam meresap di seluruh dunia. Persoalannya, siapakah mereka yang mengerakkan dakwah Islam di sana ? Dan bagaimanakah mereka menghadapi cabaran menyampaikan dakwah di negara minoriti umat islam ? Dua soalan ini akan mengdatangkan rasa kagum dan hormat kita kepada umat islam di sana. Lebih  baik jika kita bandingkan usaha dakwah kita di tanah air, apakah segigih pendakwah di nagara luar seperti Korea ? Soalan ini juga akan menumpulkan minat kita terhadap K-pop sebaliknya  kepada sesuatu yang jauh amat bermanfaat untuk agama.

gambar sekadar hiasan

Walaupun perkahwinan menjadi punca utama Islamisasi di Korea, tetapi ia sesuatu yang baik. Lebih 30 ribu lelaki Korea mengahwini wanita Muslim terutama dari Uzbezkistan dan menghasilkan Koslems. Generasi Koslems ini amat penting kerana di tangan mereka, usaha pelestarian Islam akan berlangsung di Korea negara Buddha yang menuju liberalisasi Kristian. Maka, amat wajar Koslems diberikan pndidikan islam yang lengkap untuk menghadapi cabaran dakwah di Korea.

K-pop bukanlah bandingan Konslems. K-pop adalah produk sekular kapitalis yang tidak akan bertahan lama untuk beradaban manusia. Tetapi Koslems umpama benih da'i yg dapat menyuburkan negara Korea dengan misi ketuhanan. Kita di Malaysia perlu membantu Koslems dengan doa dan teladan agar mereka terus berbangga menjadi generasi Islam yang mempunyai pegangan hidup sempurna tanpa perlu mencedok nilai kepercayaan asing.

Terkejutkan ? bkn sekadar k-pop je yg prlu kita ambil tahu, isu koslems juga perlu kita dalami . Jadi terus support pendakwah-2 kita di sana agar terus menyebarkan islam , tak salah nak berhibur, tapi jangan sampai berlebihan dan melalaikan . sekian ~

Petikan dari : Anis isu ke 190 [k-pop vs koslems]

4 comments:

Hamba Allah said...

kat korea kahwin lagi elok bukan

Anonymous said...

Do you mind to follow my blog ? This is my link -> http://adilahfarid.blogspot.com/

Unknown said...

Ye, dkt mna-2 pn perkahwinan memang perkara yg baik . tapi perkahwinan orang islam yang akan diberkati dan dirahmati Allah SWT ;)

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...