Wednesday 5 June 2013

Alkisah Pemuda Yang Tidak Terkenal Di Bumi Tapi Amat Terkenal Di Langit . [Part I]

Pada zaman Nabi Muhammad SAW , terdapat seorang pemuda yang bermata biru dan berambut perang dengan bahunya lapang panjang berpenampilan sangat tampan, kulitnya kemerah-merahan , dagunya menepel  di dada selalu melihatnya pada tempat sujud , tangan kanannya menumpang tangan kirinya , sering membaca Al-Quraan dan menangis, pakaiannya hanya 2 helai yang sudah lusuh , satu untuk menutup badan dan satu lagi untuk dijadikan selendang. sering tidak dihiraukan penduduk di bumi tapi sangat dikenali oleh penduduk di langit . Beliau adalah
UWAIS AL-QARNI

Ia tidak dikenali banyak orang dan juga seorang yang miskin . Beliau sering di perolok-olokkan, ditertawakan dan tuduh sebagai seorang yang berusaha memujuk orang dengan kata-kata manis , suka mencuri serta berbagai jenis tuduhan lagi . Seorang Fuqaha' telah menghadiahkannya 2 helai pakaian kepada beliau, akan tetapi beliau menolak seraya berkata "aku khuwatir jika aku menerima pakaian ini aku akan dituduh lagi oleh penduduk kampung dari mana aku mendapatkan pakaian-pakaian ini samada memujuk atau mencuri" . Pemuda itu tidak mempunyai sanak saudara, hanya mempunyai seorang ibu yang sudah terlalu uzur dan lumpuh dengan penglihatan yang agak kabur , itu pun sudah cukup baginya bersama melalui kehidupan hariannya. Beliau bekerja sebagai pengembala kambing . Upah yang diterimanya cukup untuk di gunakan untuk sehari bersama ibunya . Jika ada lebihan dia akan berikan kepada jiran-jiran yang miskin sama sepertinya. Kesibukkan bekerja dan merawat ibunnya yang lumpuh tidak menjejaskan sedikit pun ibadah berpuasa di siang hari dan bermunajat di malamnya .

Uwais telah memeluk islam di Yaman setelah mana datangnya seruan islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW . Kedatangan Islam telah mengetuk pintu hatinya untuk menyembah Allah SWT tuhan yang MahaEsa dan yang tiada sekutu bagiNya . Islam juga mendidik agar berakhlak mulia. Peraturan-peraturan didalam islam sangat menarik minat Uwais untuk mempelajarinya dan mengamalkannya kerana selama ini Uwais menantikan datangnya kebenaran yakni islam. Para tetangganya juga turut memeluk islam dan mereka sering pergi ke Madinah untuk bertemu dan menadah ilmu bersama Rasulullah SAW. Sekembalinya mereka dari Madinah , mereka akan perbaharui cara hidup mereka dengan cara hidup Islam yang di ajarkan oleh Nabi Muhammad SAW . Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat para tetangganya yang pulang dari Madinah bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW kekasih Allah SWT  sedangkan beliau sendiri belum pernah bertemu dengan Baginda SAW . Kecintaannya terhadap Rasulullah SAW sangat mendalam sehinggakan beliau sangat merindukkan untuk bertemu Baginda SAW walaupun masih belum pernah melihat wajahnya . Tapi apakan daya , beliau tidak mempunyai bekal yang cukup untuk ke sana lagi pula beliau sangat berat untuk meninggalkan ibunya yang sedang sakit keseorangan .

Di ceritakan dalam perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah tercedera dan giginya tercedera akibat dilempar batu oleh musuh. Khabar angin itu akhirnya sampai pada Uwais, lalu ia memukul giginya sehingga patah bukti betapa cintanya beliau terhadap Baginda SAW. Hari bersilih ganti dan kerinduan beliau terhadap Baginda semakin kuat . Uwais mendiamkan diri , merenungkan diri dan bertanya pada dirinya "bilakah aku dapat bertemu dengan Baginda SAW dan menatap wajahnya dengan dekat ? tapi , bukankah ibuku lebih memerlukanku untuk merawatinya ? Hatinya gelisah kerana masih tidak berpeluang untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Akhirnya Uwais mendekati ibunya dan menyatakan hasrat yang sekian lama terpendam untuk ke Madinah dan bertemu Nabi Muhammad SAW.

Sang ibu walaupun telah uzur merasa terharu dengan permintaan dari anaknya itu lalu berkata : "Pergilah anakku ! pergilah bertemu dengan Nabi dan setelah engkau melihat wajahnya , segeralah engkau pulang . Mendengar kata-kata ibunya, Uwais merasa sangat gembira dan segera membuat persiapan untuk berangkat, tidak lupa juga segala keperluan harian ibunya juga telah disediakan . Sebelum berangkat, Uwais telah berpesan kepada jirannya untuk menjaga dan merawati ibunya selama mana ia tiada . Sesudah berpelukkan sambil mencium ibunya, berangkatlah Uwais ke Madinah dengan jarak lebih kurang 400 kilometer dari rumahnya. Medan ganas di laluinya , tidak hirau dengan penyamun padang pasir, panas terik di siang harinya manakala sejuk dingin dimalam harinya tidak lagi ia peduli , semuanya demi untuk bertemu Rasulullah SAW yang dirindui selama ini .

Tibalah Uwais di Kota Madinah, segera ia pergi ke rumah Nabi dan mengetuk pintu rumah sambil mengucapkan salam. Keluarlah saiyyidatina A'isyah r.a  sambil menjawab salam. Segera Uwais menanyakkan tentang Nabi dan ingin bertemu dengan Baginda SAW . Namun ternyata baginda tiada di rumah kerana masih di medan perang. Betapa kecewa hatinya, kerana orang yang sangat dirinduinya tiada di rumah . Bergelora hatinya menahan rindu yang bukan kepalang setelah sekian lama ingin bertemu Nabi SAW. Hati Uwais berhasrat untuk menunggu kepulangan Baginda akan tetapi bilakah baginda akan pulang ? sedangkan pesanan ibunya masih terngiang-ngiang dalam kepalanya supaya bersegera pulang. Kerana ketaatan kepada ibunya lebih kuat mengalahkan suara hatinya yang ingin menunggu kepulangan Nabi SAW akhirnya Uwais pulang ke rumah dan beliau hanya mengirimkan salam kepada Nabi SAW melalui Saiyyidatina A'isyah r.a .

Setelah pulangnya Nabi Muhammad SAW dari perang dan menanyakkan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi menjelaskan bahawa Uwais Al-Qarni adalah anak yang sangat taat kepada ibunya, ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit) . Mendengar cerita Nabi Saiyyidatina A'isyah dan para sahabat sangat terpegun . Menurut A'isyah memang benar ada seseoran dari Yaman datang untuk bertemu Nabi dan telah pulang kerana ibunya sudah tua dan tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah bersabda : kalau kalian ingin bertemu dengan Uwais Al-Qarni lihat di tengah-tengah tapak tangannya terdapat kesan putih, lalu Baginda memandang ke arah Saidina Ali dan Umar , Suatu ketika apabila kamu bertemu dangan Uwais, mintalah do'a dan beristiqfar, dia adalah penghuni langit bukan penghuni bumi .

to be continued ~ Alkisah Pemuda Yang Tidak Terkenal Di Bumi Tapi Amat Terkenal Di Langit . [Part II]


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...