Friday 4 November 2011

Coretan Hati Seorang Lelaki

Salamullahi alaikum... Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam dan kedua-duanya adalah dari sebesar-besar nikmat dan mencukupilah kedua-duanya daripada nikmat-nikmat yang lain... Alhamdulillah sahabat-sahabat,,, Allah masih beri kepada kita udara-Nya yang tidak pernah habis untuk kita bernafas... InsyaAllah,, kali ni kita akan baca satu cerita... Mungkin ada kena-mengena dengan sebahagian daripada kita... Siapa tahu..?? Apa-apa pun,, nilailah sendiri...


"Menulis cerita hatiku untuk pengajaran kepada yang lain"


Kisah ini datang dari dalam hati ana sendiri,, apa yang ana rasa dan apa yang ana alami... Ana tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah S.W.T tetapkan kepada ana dan kita semua yang beriman kepada-Nya... Kisah ini ana khabarkan agar apa yang ana lalui tidak berlalu begitu sahaja ditiup angin peredaran masa tanpa ana kongsi dan rekodkan sebagai panduan kepada diri ana dan pengajaran kepada antum semua... 


Ana sama seperti antum,, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi... Walau bagaimanapun,, tidak mudah bagi ana untuk jatuh hati pada seorang wanita... Ana tidak mencari wanita untuk dijadikan kekasih tetapi ana mencari seorang wanita sebagai teman pendamping hidup ana... Seorang yang boleh mengingatkan ana sekiranya ana terlupa dan yang paling penting wanita yang amat ana percayai untuk mendidik 'Khalifah-khalifah' ana... Untuk itu,, sejak di bangku sekolah lagi ana telah letakkan beberapa syarat bagi si dia dan dialah orangnya...

Dalam masa beberapa bulan ana belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di satu bandar raya,, banyak perkara yang telah ana pelajari... Yang paling penting buat ana ialah bagaimana ana mula mengenali wanita-wanita dalam hidup ana kerana ana sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan ana amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana ana bersekolah di sebuah sekolah menengah agama... Lantaran itu,, ana tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali...

Ana mula mengenali dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar... Ditakdirkan Allah,, dia menjadi pembantu saya... Dari situlah perkenalan kami bermula...

Dia seperti yang ana ceritakan,, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutamanya stokin kaki dan tangan... Itulah perkara pertama yang membuat ana tertarik padanya... Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,, bersopan-santun dalam mengatur langkah,, wajahnya berseri dengan iaman dan senyuman dan tidak pernah kemana-mana tanpa berteman... Suaranya amat sukar kedengaran dalam mensuarat kerana dia hanya akan bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu... Ana melihat dia sebagai seorang muslimah mukminah solehah yang amat menjaga peribadi dan maruah dirinya... Ana tidak pernah bercakap dengannya kecuali dia berteman dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan... Ana seorang yang kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seprti kata teman-teman ana tetapi dengan dia,, ana menjadi amat pemalu dan amat menjaga tutur bicara... Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah...

"Dirinya mempunyai pakej muslimah sejati"

Pada hari terakhir ana di sana,, ana punya tugas terakhir yang perlu ana selesaikan sebelum ana melepaskan posisi ana dan semua itu melibatkan dia... Sebaik sahaja semua kerja terbengkalai itu siap,, ana mengambil peluang untuk berbual-bual dengannya... ana bertanya perihal keluarganya dan apa yang dia rasa ketika bertugas di samping ana untuk waktu yang amat sekejap itu... Alhamdulillah,, dia memberikan respon yang baik dan dari situlah ana mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu ana ini... Namun,, apa yang ana nampak dengan jelas ialah dia amat pemalu dan kekok ketika bercakap... Selepas itu barulah ana tahu,, analah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengannya bukan atas urusan rasmi sebegitu... di situlah ana mula menyimpan perasaan,, tapi tidak pernah ana zahirkan sehinggalah ana berada jauh beribu batu daripadanya....

**********************************************************************************************************
Semasa ana di Jordan,, ana menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat ana secara halus agar dia tidak terkejut...Alhamdulillah,, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum ana balik bercuti ke Malaysia... Kadang-kadang ana terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan... Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap... Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi ana dialah teman hidup yang sempurna buat ana... 

Walau bagaimanapun,, sewaktu ana pulang ke Malaysia pada cuti yang lepas,, ummi dapat menghidu perhubungan kami... Ana tahu ummi tak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi ana tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya... Tetapi perhitungan ana silap,, amat silap...

Buat pertama kali,, adik perempuan ana memberitahu ummi sudah tahu perihal ana dan ummi tidak suka... Ana tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah satu hari ummi bercakap secara peribadi dengan ana... Ana masih ingat kata-kata ummi yang buat ana senyap seribu bahasa...

"I haven't found any entry in Islam that permit what are you doing right know... I haven't heard that love before marriage is permitted... But I know there's no relationship between male and female except for what very important ang official between them... So,, may I know what kind of relationship you are having know and I want to here it from your mouth that it is legal in what you have been learn until now..."

"Not a single phrase,, nor a word..."

"My sweetheart,, if you want to build a family,, a faithfull one,, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us... a happy and blessed family come from Allah... You can.t make a happy family if Allah doesn't help you so,, and you must know in every family that stands until their dying day,,, they have Allah on their side... you can't expect Him to help you did the wrong step from the very beginning..."

Ana tiada kata untuk membalas kerana semuanya adalah benar... Ana tahu kebenaran itu sudah lama,, tetapi ego dan nafsu menakluki hati yang rapuh ini... Ana tidak berdaya untuk melawannya... Ana akui,, ana tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah dan apa yang dipanggil keperluan manusia... Cinta tidak pernah membawa ke mana,, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang redha... Tiada cinta yang Allah redha dan yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya... Itulah apa yang telah ana pelajari lama dahulu... dan dari semua kitab Fiqh yang ana baca,, tiada satu pun yang menghalalkannya... Ana tahu kebenaran ini lama dulu tapi ana tidak kuat untuk menegakkannya... Ana tidak mampu untuk menundukkan hati ana... Dan kata-kata ummi memberikan ana kekuatan untuk bangkit dari kesilapan ana selama ini...

Kata ummi lagi:

"It's not me who want you to make a decision like this but Allah tells you so..."

Ana percaya,, itulah yang terbaik buat ana dan dia... Dengan kekuatan itulah ana terangkan kepadanya dan alhamdulillah,, dia faham... Amat faham... Walaupun air matanya seakan air sungai tidak berhenti mengalir,, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami... Dia meminta maaf kepada kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan ana tetapi ummi memberi isyarat,, "janganlah bimbang... Andai ada jodoh kamu berdua,, InsyaAllah,, Dia akan temukan kamu yang jauh lebih baik dari sekarang..." 

"Demi-Mu Ya Allah,, aku tinggalkan dia"

Hidup ana sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati ana lagi... Hidup ana lebih suci dan ana boleh bercakap kembali tentang agama ana dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa...  Bagi ana dan dia,, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat... Inilah saat untuk kami kembali mengejar cita-cita dan sediakan diri untuk menjadi seorang ayah dan ibu yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi... Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga -moga Allah sudi memaafkan kami...

Sesungguhnya Ya Allah,, aku insan yang sangat lemah... Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu... Ampunkanlah aku ya Allah...

Walau bagaimanapun,, perpisahan ini hanya untuk sementara... ana telah berjanji dengan diri ana sendiri dialah yang akan menjadi peneman hidup ana nanti... Insan seperti dia satu dalam seribu... Mana mungkin ana melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir hadir dalam hidup ana... InsyaAllah,, sekiranya Allah memanjangkan umur,, sebaik sahaja ana tamatkan pengajian di sini,, ana akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk diri ana sendiri... Ana akan setia menunggu saat itu dan ana akan berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkan kesetiaan ini...

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan seumpamanya..."













3 comments:

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Anonymous said...

adkh prkra ini bnar @anta mghrpkn sbgini suatu hri nnt???

Bios Logos said...

^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...