Friday 26 August 2011

Renungan Ramadhan

Assalamualaikum.... Lama tak update blog ni... Maaf ya sahabat2.. Ana sibuk sikit bulan ni... Sedar tak sedar,, pejam celik pejam celik,,, Ramadhan dah nak berangkat pergi... Dan sekarang adalah bahagian dalam fasa ke-3 Ramadhan iaitu dijauhkan daripada api neraka... Fasa pertama sudah pergi.. Fasa ke-2 pula sudah lepas... Adakah kita sudah mendapat rahmat dan maghfirah daripada Allah..??? Adakah kita yakin kita sudah terlepas daripada siksaan api neraka..?? Fikir-fikirkanlah sahabat2... Di mana kedudukan kita di dalam bulan Ramadhan ini..?? Adakah layak untuk kita masuk ke syurga melalui pintu Al-Rayyan...?? Renungkan semula..



Satu hari,, ketika Nabi Muhammad menaiki mimbar,, Baginda berkata amin sebanyak tiga kali... Lalu selepas selesai Baginda berkhutbah,, para sahabat bertanya : 'Wahai Rasulullah,, kenapa engkau berkata amin sebanyak tiga kali ketika engkau menaiki mimbar..??' Jawab Rasulullah : 'Ketika aku menaiki mimbar,, Jibril A.S berdoa 3 perkara lalu aku mengaminkan ketiga-tiganya iaitu sesiapa yang mempunyai ibu bapa tetapi tidak berbakti kepada mereka maka celakalah orang itu,, sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah maka celakalah orang itu,, sesiapa yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya maka celakalah orang itu...'

Adakah kita tergolong daripada apa yang didoakan oleh Jibril A.S..?? Nau'zubillahi min zalik.. Apa yang kita inginkan ialah terlepas daripada api neraka dan dijanjikan syurga... Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesiapa yang mendirikan bulan Ramadhan dengan iman dan ikhlas,, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang akan datang..' Inilah yang kita harapkan.. Keampunan daripada Allah seterusnya dijanjikan Syurga...

Sahabat-sahabat,, di sepuluh malam terakhir Ramadhan,, Allah menjanjikan 1 malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. Firman Allah yang bermaksud :

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Dalam Surah Al-Qadr,, Allah menceritakan tentang Lailatulqadar... 1 Malam yang lebih baik daripada 1000 malam.. Malam yang turun malaikat-malaikat dari langit... Malam yang diberkati... Para ulama' berselisihan pendapat tentang Lailatulqadar... Ada banyak pendapat tetapi yang paling masyhur ialah pada 10 malam terakhir dan pada malam ke 27 Ramadhan... Bukan semua orang yang dapat mengecap nikmat Lailatulqadar... Hanya hamba-hamba yang dipilih oleh Allah sahaja yang layak untuk mendapatnya... Jadi,, sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkannya... Berbaki lagi 3 hari Ramadhan... Tidak mustahil untuk mendapat Lailatulqadar jika kita benar-benar melakukan ibadah kerana Allah.... Wallahua'lam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...