Saturday 13 April 2013

Berubah,Change,Taghyir = HIJRAH!!

Assalamualaikum.. Segala pujian hanya bagi Allah dan selawat dan salam ke atas Penghulu Para Rasul, Sayyiduna Muhammad Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang kepada ana untuk terus menulis di ruangan ini.. Lama sudah ana tak meng'update' blog ni.. Minta maaf kepada sahabat-sahabat yang menunggu artikel baru.. Jangan marah haa.. ^_^.. Baiklah, kali ni ana nak mengetengahkan satu isu yang membelenggu umat Islam khususnya REMAJA iaitu berubah..




Berubah (B.M), Change (B.I), Taghyir(B.A), tiga perkataan yang berbeza tapi membawa maksud yang sama.. Dalam konteks dunia hari ini, ia lebih popular dengan istilah HIJRAH.. Apa pula maksud Hijrah.. Nah, Ulama' pecahkan kepada tiga pengertian..

Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:
1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)
2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)
3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yg terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.

Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah meninggalkan larangan-Nya kepada melaksanakan perintah-Nya.. Dan Hijrah inilah yang ingin ana ketengahkan.. Ramai orang yang berhijrah selepas bermuhasabah diri terhadap dosa-dosa lalu tetapi ramai juga yang berpatah balik setelah berhijrah..Antara alasan yang popular,'aku tak layak untuk jadi baik','aku tak mampu untuk berubah' dan lain-lain.. Allah, lemah sungguh pendirian.. Tak kurang juga yang berhijrah  dan lepas tu disindir dan diperli oleh orang di sekelilingnya lalu berpatah balik.. Ruginya!! Hanya disebabkan beberapa patah perkataan, kita sudah jatuh tersungkur.. Ana bukannya nak merendahkan sesiapa, tapi itulah realitinya.. Puncanya adalah hijrah itu bukan hijrah kerana Allah tetapi hijrah kerana manusia.. Hijrah kerana inginkan pujian dan perhatian.. Sabda Nabi S.A.W:"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."(Bukhari dan Muslim)

Hjrahnya adalah hijrah tanpa bekalan ilmu.. Lalu Allah uji dengan sedikit ujian terus goyah dan kecundang.. Tak salah berhijrah tapi isilah diri dengan pengisian yang berguna supaya dalamannya kental dan luarannya  hebat.. Kalau tiada pengisian, hati menjadi kosong dan senang dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.. Akibatnya hati dan diri dijangkiti penyakit FUTUR @ PUTUS ASA... Rata-rata orang yang berhijrah hanya berhijrah Amali (perbuatan) sahaja tetapi pemikiran dan ilmunya masih di takok yang lama.. Sebagai contoh, Nur berhijrah dan terus mengenakan tudung labuh dan jubah labuh tetapi kurang ilmu tentang syariat.. Berpakaian hanya mengikut orang lain.. Apabila disindir dan dipandang serong, hatinya menjadi resah dan tidak tahan atas semua itu lalu terus meninggalkan tudung dan jubah labuhnya.. Inilah puncanya.. Tiada ilmu sebagai perisai iman, perisai diri.. Hanya menjadi pak turut dalam bersyariat..

"Bajet soleh/solehah boleh kau","sejak bila kau jadi imam muda/ustazah pilihan ni","macam la kau tu baik sangat "..
Itu hanyalah sebahagian daripada sindiran-sindiran yang bakal dihadapi oleh orang yang berhijrah.. Oleh itu, persiapkanlah diri dengan ilmu dan pengisian supaya tak termakan dek kata-kata sindiran.. Sungguh jalan yang dipilih ini bukanlah jalan untuk bersenang-lenang.. Sesiapa yang memilih jalan ini bersiap sedialah untuk menghadapi mehnah dan tribulasi yang tidak mampu dijangka dan dibayangkan.. Kadang-kala tribulasi itu datang dari keluarga sendiri.. Keluarga tidak menerima penghijrahan pada diri.. Sahabat menghina dan menyindir.. Masyarakat memandang serong.. Pelbagai ujian yang Allah aturkan.. Jika kita kuat menghadapinya, pasti kita akan terus istiqamah.. Jika lemah, pasti Futur.. Amat rugilah bagi yang telah menemui jalan yang betul tapi berpatah balik dek kerana ujian daripada Allah.. Bukankah kalau Allah sayang kepada hamba-Nya, Allah akan uji hamba yang disayangi tu..?? La Takhaf wa La Tahzan, Innallaha ma'ana!!!

Yang paling penting, pastikan hubungan dengan Allah tidak terputus kerana untuk berubah dan berhijrah memerlukan kekuatan.. Jadi pastikan hubungan itu kuat dan mintalah kepada yang Maha Kuat.Jaga 'talian' yang menghubungkan kita dengan Dia iaitu solat.. Merintihlah di malam hari, mintalah di dalam tahajjud.. Pasti Dia perkenankan..

Teruskan berjalan wahai hati-hati yang disapa hidayah-Nya.. Jangan pernah menyesal kerana memilih jalan Hijrah ini.. Allah sentiasa dengan hamba-hamba-Nya yang benar.. Teruskan berubah dan berhijrah.. Bermujahadahlah walaupun sukar.. Sungguh mujahadah itu pahit kerana Syurga itu sangatlah manis.. Allah sentiasa bersamamu..



Hayati firman Allah yang bermaksud:
'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka'
(Ar-Ra'du:11)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...