Friday 23 December 2011

Hukum sambut Krismas....


 Assalamualaikum... Sihat semua ya..?? Ana harap semuanya sihat-sihat belaka.. Ok lah.. Straight to the point, ana nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua tentang menyambut perayaan orang bukan Islam... Yalah,, 2-3 hari lagi orang Kristian akan menyambut Hari Krismas.. Sekarang masih ada segelintir orang Islam yang menyambut perayaan orang kafir...Apa yang menyedihkan ,,sampaikan ada yang menawarkan rumahnya sebagai tempat untuk menyambut perayaan tersebut... Na`uzubillah min zalik...


Agama Islam adalah agama yang menjaga hubungan antara umat manusia di dunia ini. Disamping menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim antara kaum kerabat dan kaum muslimin seluruhnya juga dianjurkan dalam membina hubungan dengan orang yang beragama lain.

Dalam surah An Nisaa ayat 36 dijelaskan maksudnya: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....".

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan hari krismas atau natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan akidah umat Islam.

Konklusinya,,,
Hari Krismas; haram menyambutnya bersama dengan orang Kristian dengan penyelewengan akidah mereka seperti menyanyikan lagu krismas dan lain2 lagi namun untuk mengunjungi jiran atau teman sepejabat yang beragama kristian adalah harus demi maslahat dakwah dan menolak mudharat fitnah kita tidak meraikan perpaduan nasional tetapi apabila kita menghadiri majlis/sambutan perayaan krismas tidak perlulah kita memakai atau mengenakan pakaian mahupun aksesori seperti topi salji dan lain2 lagi kerana kita hanyalah sekadar melawat dan bukannya menyambut perayaan mereka.. Cukuplah dengan pakaian yang sopan dan menutup aurat...

Jelas hukumnya adalah haram... Kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam... Jadi,, berhati-hatilah... Maaf sebab artikel kali ni pendek sahaja... Ada masa,, kita bersua lagi... Wallahua'lam...

Sedikit selingan daripada Ustaz Azhar Idrus




Perayaan2 etnik terbesar di Malaysia seperti Krismas, Deepavali, Raya Cina ....Setakat mana umat Islam boleh merayakannya?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pada hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

Apa hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain seperti Krismas dan Tahun Baru Cina?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak boleh sambut..yang boleh ialah ziarah rumah jiran yang kafir pada hari raya mereka sahaja..

Rumah terbuka sempena christmas..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pada hari raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yang batil..Kitab Bahrulmmazi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...