Thursday 13 October 2011

Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin kepada Pemuda dan Pemudi....

Assalamualaikum... Ana harap sahabat-sahabat semua sihat dan sentiasa berada di bawah naungan-Nya sehingga Akhirat... InsyaAllah,, kali ni kita akan menerima pesanan ataupun amanah daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin....

"Wahai anak-anakku, telah tiba masanya kalian kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu... Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah... Sudah sampai untuk kalian menghiasi diri
 dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta menconyohi kehidupan Rasulullah S.A.W...



Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya... Lebih baik dari itu,, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W yang agung...

Wahai para PEMUDA,, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggungjawab... Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah... Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu... Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi  orang lebih muda...

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal,, kerja dan zikir kepada Allah... Wahai anak-anakku,, aku amat berharap kamu tidak suibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat...

Wahai PUTERIKU,, aku ingin kamu berjanji dengan Allah kamu akan mengenakan hijab secara jujur dan betul... Aku meminta kamu berjanji kepada Allah bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia... Jadikanlah ibunda kamu,, Saidatina Khadijah dan Aisyah sebagai teladan... Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu... Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian...

Kepada semua,, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang... Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan... Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah... Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat... Latihlah diri kalian agar dapat dapat hidup dalam apa jua keadaan samada susah atau senang... Samada menggunakan alatan eletronik atau tidak... Latihlah diri kalian... latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar...

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan...Berpeganglah kepada agama kamu... Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada Allah..."

Begitulah pesanan dan amanah daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.... Beliau berpesan kepada semua umat Islam terutamanya kepada PEMUDA dan PEMUDI... Inilah harapan beliau dalam membina modal insan yang cemerlang....


Rindu Lelaki Soleh...
  Rindu Lelaki Bertakwa...
    Rindu Pejuang Keberanian... 
      Rindu Pemberani...
        Rindu Pembela...
          Rindu Pemimpin Adil...
            Rindunya hanyalah Rindukan Syurga...






        

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...