Sunday 5 June 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedari..????


Assalamualaikum...Hmm...Pelik tajuk kat atas tu....Jadi tunang orang tapi xtak sedar...Ish3...Pelik2...Apa kata kita baca dulu..Jom...
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi
Uiihhh..Sampai macam tu sekali...Tak tau la berapa ramai dah remaja yang bertunang tanpa disedari...Bertunang "di bawah sedar"...Jadi berhati-hatilah ketika mengungkapkan "bicara manis"...Takut2  kita bertunang tanpa kita sedari...Jangan ambil ringan tentang perkara ini...Ia melibatkan masa depan...Renung-renungkan dan fikir-fikirkan....


2 comments:

MujahidahIslamiyah (Nurul Iman_Pedang Islam//Amelia) said...

buknkah cra ni sma dgn adat org barat? mcm cntoh sorg laki ask his girl,will u marry me? lalu di jwp,yes... Mkna disitu mreka da brtunang... mseh bleh pkai kh hukum ni buat org islam? org timur?

Unknown said...

maksud pinangan dlm islam klo si Lelaki menyatakan hasrat untung meminang kpd si Perempuan, lalu perempuan itu setuju maka mereka dikira bertunang .
cyt :
Lelaki : sudikah engkau mengahwini aku ?
Perempuan m'jwb : ya .

-ustaz Azhar Idrus-

bole rujuk di sini >>
http://www.youtube.com/watch?v=IudUx3h-uJ8

waallahu a'lam :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...